JEPUN KONGSI KEPAKARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI SARAWAK

KUCHING, 22 April — Jepun bercadang memperluaskan pelaburan di Sarawak, termasuk dalam sektor tenaga hijau dan pendidikan inklusif.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki, berkata fokus Jepun kini bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi turut meningkatkan kualiti modal insan.

Menurutnya, pendekatan baharu termasuk penggunaan teknologi seperti Nintendo akan dimanfaatkan bagi membangunkan tenaga kerja masa depan, sekali gus melabur dalam generasi baharu di Sarawak.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Sementara itu, syarikat Jepun, Toybox Creations and Technologies (TOY-8), telah menjalin kerjasama dengan Sedidik bagi melaksanakan saringan perkembangan minda kanak-kanak menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Kedua-dua pihak turut membincangkan potensi pelaburan dalam teknologi hijau seperti tenaga hidro dan biojisim, termasuk perkongsian kepakaran Jepun dalam sektor tersebut.

Kunjungan itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dikin

Sumber :Beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *