PMX terima kunjungan hormat 6 wakil pondok terpilih dalam program Transformasi Digital IPI

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat dari enam wakil pondok terpilih dalam program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI) hari ini di Putrajaya.

Beliau berkata program rintis ini digerakan hasil Inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Antara pondok yang menjadi perintis dalam projek ini adalah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena; Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok; Institut Ahmad Ibni Idris (SAIFI), Rembau; Pusat Pendidikan Ribath Al-Musthofa, Kuantan ; Pondok Darul Furqan, Ipoh dan Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata dalam pertemuan itu beliau nyatakan keyakinan kepada institusi pondok untuk meneroka bidang baru dan pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi turath al-Islami selain penguasaan segmen digital khususnya kecerdasan buatan menjadi penting sekarang dalam menghadapi cabaran semasa.

“Moga ikhtiar ini akan membina landasan yang kukuh dengan asas yang kuat bagi masa hadapan pendidikan Islam di rantau ini,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *