PEMERKASAAN OMNIPRESENCE DAN PEMERIKSAAN STESEN-STESEN MINYAK SERTA PENGUATKUASAAN PEMATUHAN AKTA-AKTA OLEH KPDN TELUK INTAN

19 April 2026

TELUK INTAN | Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan harga & alat timbang, serta pematuhan harga maksimum dan bekalan semasa barang keperluan.

Pelaksanaan pemeriksaan Ops Tiris 4.0 : Pemeriksaan dan pemantauan stesen minyak di Teluk Intan dilaksananakan bagi memastikan pematuhan undang-undang, kestabilan harga, bekalan yang mencukupi serta mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan. Kesemua aktiviti pemeriksaan pada hari ini melibatkan premis-premis runcit di kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk.

Hasil pemeriksaan terhadap 38 premis yg merangkumi gerai pasar basah & kedai runcit mendapati bekalan minyak masak, telur ayam dan ayam yang berada di pasaran, dijual tidak melebihi harga kawalan. Kesemua premis yang diperiksa mempunyai stok barang asas yang mencukupi dan tiada masalah bekalan.

Pada masa yang sama pemeriksaan dan pemerkasaan Omnipresence bagi Pelaksanaan Tindakan-Tindakan Berkaitan Kawalan Petrol Dan Diesel serta pemantauan stesen-stesen minyak juga dilaksanakan bertujuan untuk mengesan aktiviti penyelewengan sekiranya terdapat pembelian minyak petrol dan diesel dalam keadaan yang mencurigakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berikutan kenaikan harga minyak dunia.

Membuat pemeriksaan di bawah Ops Kesan 2026 ke atas premis yang telah diperiksa dengan merekodkan harga jualan dan kos terkini bagi barangan Keperluan Harian dan Produk Makanan.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-625 3100 (KPDN Teluk Intan)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://www.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *