
19 April 2026
.
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ : Penyertaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bukan sekadar pameran aset, sebaliknya platform strategik untuk mengetengahkan keupayaan sebenar agensi ini di peringkat antarabangsa.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menegaskan bahawa โpenyertaan kali ketujuh Maritim Malaysia ini bukan sekadar platform menampilkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang serta mempertahankan kedaulatan Zon Maritim Malaysia, malah ia juga turut berfungsi sebagai medium dalam mempertingkatkan kesedaran awam (public awareness) terhadap peranan, fungsi dan perkembangan semasa Maritim Malaysia, โkatanya.
Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 23 April bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu bakal menghimpunkan pemain industri pertahanan dan keselamatan dari dalam dan luar negara, sekali gus membuka ruang kepada Maritim Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai antara agensi keselamatan maritim utama di rantau ini.
Dalam masa sama, penyertaan ini turut dimanfaatkan sebagai wadah untuk menilai teknologi serta sistem terkini yang berpotensi memperkasakan keupayaan operasi agensi, khususnya dalam menghadapi ancaman rentas sempadan yang semakin kompleks.
DSA dan NATSEC ASIA 2026 turut menjadi medan strategik bagi memperluas kerjasama antarabangsa apabila Maritim Malaysia dijadual mengadakan beberapa pertemuan bersama delegasi luar negara, bagi membincangkan isu keselamatan perairan serta memperkukuh kawalan sempadan negara secara lebih bersepadu.
