PMX solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya

Wartawan JM
17 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Bomba Cyberjaya.

“Khutbah hari ini mengingatkan kita bahawa kesatuan ummah adalah suatu jihad demi melindungi maruah daripada anasir luar yang merosakkan, malah kegagalan memeliharanya adalah suatu bencana besar yang menjatuhkan sepertimana yang dilalui dinasti pemerintahan kerajaan Islam lampau,” kata beliau dalam hantaran di FB.

“Kita dingatkan, apabila ummah bersatu padu, kekuatan akan kembali terbina, ekonomi diperkasa, kesejahteraan sosial diperkukuh dan pendidikan dipertingkatkan, lantas akan menjadi kuasa besar yang disegani untuk menangkis segala ancaman penggugat akidah dan kompas moral yang merosakkan,” kata beliau.

Anwar juga sempat beramah mesra dengan para jemaah sebelum kembali ke pejabat bagi meneruskan tugasan rasmi seterusnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *