NAHAS HELIKOPTER DI KALIMANTAN BARAT, INDONESIA: SEORANG RAKYAT MALAYSIA TERKORBAN

16 APRIL 2026

Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di Pontianak, ingin mengesahkan bahawa seorang
warganegara Malaysia telah terkorban dalam satu nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia pada
16 April 2026.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, helikopter berkenaan yang didaftarkan sebagai PK-CFX dan
dikendalikan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan telah terputus hubungan sejurus berlepas dari
Kabupaten Melawi dalam penerbangan ke Kabupaten Kubu Raya.

Bangkai helikopter tersebut
kemudiannya ditemui di kawasan hutan terpencil di Desa Tapang Tingang, Kecamatan Nanga Taman,
Kabupaten Sekadau.

MASIH DALAM SIASATAN

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada majikan beliau, mangsa telah dikenal pasti
sebagai Encik
Patrick Kee Chuan Peng, Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, yang berada di Kalimantan Barat atas
urusan kerja ketika kejadian berlaku.

Konsulat Malaysia di Pontianak menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, termasuk menyelaras
dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan serta keluarga bagi memudahcara urusan membawa pulang
jenazah mendiang ke Malaysia.

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *