KPDN SOKONG INOVASI PERKHIDMATAN AUTOMOTIFBERGERAK, TEGASKAN KETELUSAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

Orang ramai disaran untuk mendapatkan perkhidmatan penyediaan yang berdaftar dan berintegriti – Dr.Fuziah Salleh

16 April 2026

YB SENATOR DATUK DR. HAJAH FUZIAH SALLEH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
mengambil maklum perkembangan perkhidmatan automotif bergerak
termasuk penggantian bateri kenderaan yang semakin berkembang selari
dengan kemajuan teknologi dan keperluan pengguna masa kini.

Timbalan Menteri (KPDN) Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, satu program pelancaran PitStop BateriKu ke-250 di Presint 15,
Putrajaya telah diadakan hari ini sebagai sebahagian daripada usaha
memperluas akses kepada perkhidmatan automotif bergerak yang lebih
pantas, mudah dan berasaskan digital melalui aplikasi BateriKu, di
samping membuka peluang ekonomi melalui model perniagaan
berteraskan keusahawanan dan ekonomi gig.

Beliau berkata, perkhidmatan tersebut menawarkan penggantian bateri kenderaan secara on-
demand terus ke lokasi pengguna tanpa perlu ke bengkel, termasuk
dalam situasi kecemasan, serta disokong oleh rangkaian teknisyen
bergerak yang memastikan perkhidmatan dilaksanakan secara pantas,
mudah dan efisien.

Sehubungan itu, jelas Dr. Fuziah lagi KPDN menegaskan bahawa semua penyedia
perkhidmatan hendaklah mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa
termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan
2011 bagi memastikan setiap transaksi dilaksanakan secara telus,
beretika dan tidak mengelirukan.

“Dalam masa yang sama, aspek ketelusan harga adalah amat penting dan
sebarang penetapan harga hendaklah munasabah serta bebas daripada
unsur pencatutan selaras dengan Akta Kawalan Harga dan Anti-
Pencatutan 2011.

“Pengguna juga berhak untuk mengetahui harga, spesifikasi produk dan
tempoh jaminan sebelum membuat keputusan mendapatkan
perkhidmatan, ‘’ katanya.

Dr. Fuziah berkata, KPDN akan terus memantau perkembangan sektor ini bagi memastikan
keseimbangan antara inovasi industri dan perlindungan pengguna
sentiasa terpelihara.

“Orang ramai disaran untuk mendapatkan perkhidmatan daripada
penyedia yang berdaftar dan berintegriti serta membuat semakan terlebih
dahulu sebelum bersetuju dengan sebarang perkhidmatan,’’ ujar beliau lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *