





Oleh: Sholina Osman
14 APRIL 2026
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Jamuan Makan Malam sempena “Tuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowship Dinnerâ yang berlangsung di Elissa Hotel & Suites, Kangar.
Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia, Professor Datuk Seri Dr. Paras Doshi dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ghazali Chik.
MERUPAKAN SATU INISIATIF
âTuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowshipâ merupakan satu inisiatif hasil kerjasama antara Royal College of Physicians of Glasgow, College of Physicians Malaysia serta Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia.
Inisiatif ini diwujudkan sebagai tanda penghormatan kepada Negeri Perlis serta hospital negeri yang dinamakan sempena Raja Perempuan Perlis, iaitu Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Selain mengharumkan nama Negeri Perlis, inisiatif ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu terkini serta amalan terbaik dalam bidang perubatan dalaman di peringkat antarabangsa.
PENERIMA ANUGERAH TUANKU
Bagi tahun 2024, penerima Anugerah âTuanku Fauziah Travelling Fellowshipâ ialah Dr Harrison Stubbs, manakala bagi tahun 2025 dianugerahkan kepada Dr Patrick Timmons.
Dalam majlis tersebut, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyempurnakan pengurniaan âFellowship Scrollâ kepada Dr. Sia Leng Cheng bagi tahun 2026.
Beliau akan ke Glasgow, Scotland pada pertengahan tahun ini selama beberapa minggu untuk menimba pengalaman di hospital di sana nanti. – JM
