BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Individu beri manfaat kepada 200,000 petani, pekebun kecil – KPKM

Oleh: Sholina Osman
15 APRIL 2026

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyambut baik peningkatan bantuan tunai di bawah inisiatif BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026.

Kenyataan media KPKM memaklumkan inisiatif ini dijangka memberi manfaat besar kepada lebih 200,000 petani dan pekebun kecil serta kira-kira 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia.

Bantuan ini akan membantu meringankan beban kos bahan api yang meningkat dan memastikan kelangsungan aktiviti pertanian serta
pengeluaran makanan negara.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

KPKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

Selain itu, langkah Kerajaan untuk melonggarkan syarat pembelian diesel bagi kegunaan jentera pertanian adalah satu pendekatan pragmatik yang akan memudahkan pengusaha sektor agromakanan menjalankan operasi mereka dengan lebih efisien tanpa kekangan birokrasi yang tidak perlu.

Kementerian ini yakin bahawa langkah-langkah yang diumumkan akan memberi impak positif kepada produktiviti sektor agromakanan serta memperkukuh keterjaminan makanan negara dalam jangka masa pendek dan panjang.

TERUS BEKERJASAMA RAPAT

KPKM akan terus bekerjasama rapat dengan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan.

KPKM kekal komited untuk menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sektor pertanian negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *