URUSAN JPJ DI HUJUNG JARI : LANGKAH PRAKTIKAL BANTU RAKYAT JIMAT KOS PETROL

PUTRAJAYA – JPJ menyeru orang ramai agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan bagi melaksanakan urusan berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter.

Pendekatan β€œurusan di hujung jari” ini bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah merupakan langkah praktikal yang dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan serta mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.

Untuk makluman, sebanyak 33 jenis urus niaga boleh dilaksanakan melalui Portal Rasmi JPJ (www.jpj.gov.my), manakala 16 jenis urus niaga lagi boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *