Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI – PMX

10 APRIL 2026

Malaysia kini berada pada titik penting untuk beralih daripada pembangunan Bandar Pintar kepada pembangunan Bandar Kecerdasan Buatan (AI) sebagai asas kepada aspirasi Malaysia menjadi sebuah Negara Al.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu ditegaskan bellau semasa mempengerusikan mesyuarat khas bagi meneliti dan menyelaraskan pelaksanaan model Bandar AI untuk Malaysia di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi tadi.

Beliau berkata peralihan itu bukan sekadar penerapan teknologi baharu sebaliknya menuntut transformasi menyeluruh dalam cara merancang, mentadbir dan mengurus bandar agar lebih cekap, berdaya tahan serta berpaksikan data.

“Usaha ini memerlukan ekosistem yang kukuh, merangkumi tadbir urus Al dan data yang selamat, infrastruktur digital berkapasiti tinggi, pembangunan bakat tempatan serta kerangka dasar dan perundangan yang menyokong inovasi secara bertanggungjawab.

SEBAGAI PENYELARAS UTAMA

“Mesyuarat turut bersetuju agar Kementerian Digital bertindak sebagai penyelaras utama dengan kerjasama rapat kementerian dan agensi berkaitan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Anwar berkata kerajaan juga akan terus memperkukuh sinergi berkenaan bagi memastikan pelaksanaan berkesan dan berimpak tinggi demi manfaat menyeluruh kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Negara Al yang berdaya saing di peringkat global.

Sebelum ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Malaysia kini giat melaksanakan Pelan Tindakan Al Kebangsaan bagi mencapai aspirasi menjadi Negara Al menjelang 2030.

Beliau berkata tahun 2026 akan menjadi detik penting dalam usaha mencapai aspirasi itu dengan memberi tumpuan kepada
pembangunan teknologi, bakat, tadbir urus, infrastruktur serta pelaburan mampan. – SUMBER : BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *