PERALIHAN KE SKIM TIME OF USE (ToU) BANTU RAKYAT JIMAT BILDAN PERKASA KECEKAPAN TENAGA NEGARA

PUTRAJAYA, 10 APRIL 2026 – Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia
untuk beralih kepada Skim Time of Use (ToU) sebagai langkah praktikal dalam
mengurus kos sara hidup melalui penjimatan bil elektrik, di samping menyokong
agenda kecekapan tenaga negara.

Dalam suasana ketidaktentuan harga tenaga global, pendekatan penggunaan
tenaga secara lebih bijak menjadi semakin penting.

Skim ToU memberi peluang
kepada pengguna menikmati kadar tarif elektrik yang lebih rendah pada waktu
luar puncak berbanding waktu puncak, sekali gus membolehkan penjimatan
melalui perubahan corak penggunaan harian.

Secara amnya, di bawah Skim ToU:

  • Waktu puncak (peak hours) melibatkan tempoh permintaan elektrik
    tinggi, lazimnya pada waktu siang hingga malam (mulai pukul 2.00
    petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja), dengan kadar tarif yang
    lebih tinggi.
  • Waktu luar puncak (off-peak hours) melibatkan tempoh permintaan
    lebih rendah seperti waktu malam hingga pagi, hujung minggu dan cuti
    umum, dengan kadar tarif yang lebih rendah.

Perbezaan kadar ini memberi insentif kepada pengguna untuk merancang
penggunaan elektrik secara lebih efisien.

Melalui Skim ToU, pengguna boleh mengoptimumkan penggunaan elektrik
dengan mengalihkan aktiviti berintensiti tenaga seperti penggunaan penyaman
udara, mesin basuh, pemanas air dan pengecasan kenderaan elektrik ke waktu
luar puncak.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan bil
elektrik, malah menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan
mampan.

Sehingga Februari 2026, 128,868 pengguna telah beralih kepada Skim ToU,
mencerminkan peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan
pengurusan tenaga yang lebih efisien.

Kerajaan melihat Skim ToU sebagai antara inisiatif penting dalam:

  • Membantu rakyat mengawal dan mengurangkan perbelanjaan bil elektrik
  • Menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih cekap
  • Mengurangkan beban permintaan elektrik semasa waktu puncak
  • ⁠
    Selaras dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mempertimbangkan migrasi
    ke Skim ToU bagi memanfaatkan struktur tarif yang lebih fleksibel serta
    menjadikan penggunaan tenaga sebagai satu amalan harian yang lebih bijak.

Kerajaan akan terus mempergiat usaha kesedaran agar manfaat penjimatan
tenaga ini dapat dinikmati secara meluas oleh rakyat.

Pendekatan ini seiring
dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat,
kemampanan sumber serta kecekapan dalam tadbir urus, di mana penggunaan
tenaga secara berhemah bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara
hidup, malah menyumbang kepada kemampanan alam sekitar dan
pembangunan negara yang lebih seimbang untuk generasi masa hadapan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *