



10 April 2026
(Info Ringkas)
Kementerian Ekonomi akan terus memantau rapi indikator ekonomi utama bagi menilai kedudukan semasa ekonomi, khususnya dalam menghadapi 𝗸𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗴𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹 susulan konflik Asia Barat.
Berdasarkan pemantauan ini, langkah yang tepat dan responsif akan terus diambil bagi mengurus risiko, memastikan 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 ekonomi serta paling utama melindungi kepentingan rakyat.
Keutamaan kekal kepada keputusan berasaskan data dan berpaksikan rakyat, agar ekonomi negara terus berdaya tahan dalam persekitaran yang mencabar.
