LUBNAN TIDAK MAHU TERPERANGKAP DALAM KONFLIK SERANTAU – DUTA

9 April 2026

Lubnan enggan diheret ke dalam konflik Asia Barat yang lebih meluas, selepas Israel memperhebat serangan ke atas wilayah negara itu meskipun perjanjian gencatan senjata selama dua minggu dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada Selasa.

Duta Lubnan ke Malaysia Maher Kheir berkata negara itu kini berdepan situasi berbahaya akibat perpecahan dalaman dan ketegangan serantau yang tidak menentu, menimbulkan cabaran belum pernah berlaku terhadap kedaulatan serta kestabilannya.

“Lubnan sedang melalui fasa yang amat genting, apabila perpecahan dalaman bertembung dengan perkembangan di lapangan dan tekanan serantau.

“Kami tidak mahu diheret ke dalam perang,” katanya kepada Bernama mengulas perkembangan situasi di rantau itu.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *