
6 April 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan kesemua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya menghentikan aktiviti lasak dan air buat sementara waktu susulan kes lemas membabitkan dua pelajar institut berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga pengumuman seterusnya akan dibuat kemudian.
Petikan : Bernama
