
5 April 2026
(Info Ringkas)
Semakin hari, semakin ramai individu dilihat berani melanggar lampu merah hanya kerana mahu cepat sampai. Namun, beberapa saat yang โdijimatkanโ itu boleh membawa padah seperti berlaku kejadian nahas jalan raya yang serius melibatkan kecederaan, malah kehilangan nyawa mereka dan pengguna lain.
Lampu merah bukan sekadar lampu. Ia ialah amaran, peraturan dan perlindungan untuk semua pengguna jalan raya.
Jangan sesekali mengambil risiko melanggar lampu merah walaupun jalan kelihatan kosong. Satu saat kecuaian boleh mengubah hidup anda dan orang lain buat selama-lamanya.
Utamakan Keselamatan, bukan Kecepatan.
Berhati-hatilah di jalan raya:
โ ๏ธ Patuhi lampu isyarat
โ ๏ธ Perlahankan kenderaan apabila menghampiri persimpangan
โ ๏ธ Jangan terburu-buru
โ ๏ธ Sentiasa fokus ketika memandu atau menunggang
โ ๏ธ Hormati hak pengguna jalan raya yang lain
Ingat, lebih baik lambat beberapa minit daripada menyesal seumur hidup.
