๐Ÿšฆ LANGGAR LAMPU MERAH BAWA PADAH! ๐Ÿšฆ

5 April 2026
(Info Ringkas)

Semakin hari, semakin ramai individu dilihat berani melanggar lampu merah hanya kerana mahu cepat sampai. Namun, beberapa saat yang โ€œdijimatkanโ€ itu boleh membawa padah seperti berlaku kejadian nahas jalan raya yang serius melibatkan kecederaan, malah kehilangan nyawa mereka dan pengguna lain.

Lampu merah bukan sekadar lampu. Ia ialah amaran, peraturan dan perlindungan untuk semua pengguna jalan raya.

Jangan sesekali mengambil risiko melanggar lampu merah walaupun jalan kelihatan kosong. Satu saat kecuaian boleh mengubah hidup anda dan orang lain buat selama-lamanya.

Utamakan Keselamatan, bukan Kecepatan.

Berhati-hatilah di jalan raya:
โš ๏ธ Patuhi lampu isyarat
โš ๏ธ Perlahankan kenderaan apabila menghampiri persimpangan
โš ๏ธ Jangan terburu-buru
โš ๏ธ Sentiasa fokus ketika memandu atau menunggang
โš ๏ธ Hormati hak pengguna jalan raya yang lain

Ingat, lebih baik lambat beberapa minit daripada menyesal seumur hidup.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *