𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀, 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐈𝐆𝐍𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐍

IPOH, 3 April 2026 – Program MADANI Rakyat 2026 Perak membuka tirainya hari ini dengan sambutan luar biasa daripada masyarakat. Pelbagai aktiviti interaktif, pameran serta perkhidmatan terus kepada rakyat mendapat sambutan menggalakkan. Namun, tumpuan utama jelas terarah kepada Jualan RAHMAH MADANI yang menjadi tarikan utama, menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga rendah dan berpatutan.

Antara barangan yang mencatat permintaan tinggi termasuk beras, minyak masak, gula, telur, ayam segar, ikan, udang serta pelbagai produk makanan harian. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik yang bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup, malah meningkatkan akses rakyat terhadap bekalan asas dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Rata-rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira terhadap pelaksanaan Jualan RAHMAH MADANI. Mereka menyifatkan inisiatif tersebut sebagai tepat pada masanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, khususnya dalam konteks peningkatan kos sara hidup.

Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini dan Muhamad Amir Irsyad Bin Omar (UKK JPM)

JabatanPerdanaMenteri

RancakkanMADANI

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

PMR2026Perak

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *