
3 April 2026
Dalam suasana ketegangan geopolitik global yang semakin memuncak, termasuk konflik antarabangsa yang memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan serantau, kawalan sempadan negara menjadi semakin kritikal.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan sempadan secara komprehensif tanpa kompromi, bagi memastikan pintu masuk utama negara sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan, penyeludupan dan kemasukan tidak sah.
π¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
βKeselamatan negara bukan hanya di sempadan, tetapi juga dalam memastikan kestabilan bekalan kritikal demi kesejahteraan rakyat.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pendekatan ini selari dengan keperluan semasa di mana konflik global bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan dan ekonomi, malah berpotensi meningkatkan risiko keselamatan rentas sempadan, termasuk pergerakan tidak terkawal dan aktiviti jenayah terancang.
Melalui pendekatan Smart Enforcement, KDN bersama agensi penguatkuasaan Kementerian Pertahanan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia, KDN terus mempertingkat pemantauan darat dan maritim bagi memastikan keselamatan negara kekal utuh serta kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.
Sumber:
Mesyuarat Strategik Kesan Konflik Amerika SyarikatβIran, Kementerian Dalam Negeri (KDN), 2 April 2026
