Kegiatan seleweng diesel terbongkar, kenderaan ubah suai disita di Beaufort

2 April 2026

Kegiatan cuba menyelewang diesel terus digempur di seluruh negara .
Di Beaufort (Sabah)
taktik penyelewengan diesel terbongkar apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai dengan tangki tambahan mengandungi kira-kira 200 liter bahan api disita dalam serbuan Ops Tiris 4.0 di Beaufort pada Selasa lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan itu dijalankan di sebuah stesen minyak hasil maklumat serta pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di stesen berkenaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *