𝗞𝗘𝗦𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔

KUANTAN 1 April 2026 – Kesungguhan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menyantuni insan di sebalik tirai besi menarik perhatian dunia apabila sebahagian duta-duta dari benua Afrika teruja untuk melihat sendiri ‘sentuhan’ Paduka Baginda kepada golongan itu.

Hari ini Paduka Baginda berkenan membawa Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara ke Bengkel Tenun Pahang Diraja, Penjara Penor di sini bagi melihat seramai 66 prospek mahir menghasilkan kain Tenun Pahang Diraja yang cukup eksklusif.

Semua prospek itu dilatih sendiri oleh Paduka Baginda dengan pelbagai kemahiran serta idea dari dalam dan luar negara.

Antara Duta yang hadir ialah dari Zimbabwe, Algeria, Zambia, Ghana, Uganda, Sudan, Senegal, Eswatini, Mesir, Libya, Morocco, Somalia, Mauritius, Nigeria, Namibia, Afrika Selatan, Tanzania, Guinea, Kenya dan juga daripada Emiriah Arab Bersatu.- KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *