

.
๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ, ๐ฏ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang menggaji kru tanpa permit sah dalam rondaan rutin kira-kira 0.70 batu nautika di utara Pulau Manukan, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penahanan dibuat hasil pemantauan ke atas pergerakan bot yang mencurigakan sebelum pasukan penguat kuasa bertindak melakukan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian.
Tambah beliau, pemeriksaan mendapati seramai 12 kru termasuk nakhoda berada di atas vesel berkenaan, dengan lima daripadanya disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial tanpa permit kerja yang sah.
Dalam masa sama, bot tersebut turut disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa jumlah kru mencukupi seperti ditetapkan pihak pelabuhan.
Kesemua kru berusia antara 21 hingga 54 tahun itu merupakan warganegara Indonesia. Bot bersama kru kemudiannya diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia turut menyita vesel berkenaan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM2 juta.
โMaritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kesalahan imigresen dan keselamatan pelayaran.
โTindakan tegas akan diambil bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal,โ katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa.
Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
.
