


TAPAH, 30 Mac 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tapah terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan menerusi pemeriksaan di sekitar Bidor dan kawasan sekitarnya bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta perlindungan pengguna.
Pemeriksaan tertumpu kepada pemantauan harga barang kawalan, pematuhan pelabelan serta kawalan penjualan minyak masak bersubsidi.
Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi peraturan dan arahan yang dikuatkuasakan oleh KPDN, peniaga didapati menggunakan label harga berwarna merah jambu dan menjual barangan mengikut harga yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama, pemeriksaan berkaitan larangan penjualan dan pembelian barang kawalan (minyak masak) turut dilaksanakan secara omnipresence di premis-premis tumpuan. Hasilnya mendapati tiada penjualan minyak masak paket 1 kilogram kepada warga asing.
KPDN Cawangan Tapah menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan semua peniaga mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa serta akan terus memperhebatkan pemantauan bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kestabilan harga barangan di pasaran.
Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000
Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/
©Unit Media 2026 | KPDN
