

Oleh: Sholina Osman
26 MAC 2026
Kerajaan sedang memperincikan keputusan untuk menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah (BDR).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penjawat-penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari
rumah.
“Saya percaya selain daripada sektor awam kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan sepertimana yang dilaksanakan olehbeberapa syarikat dan bank selama ini,” kata beliau dalam Perutusan Khas.
Anwar berkata bagi pihak Kerajaan pula akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan
menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi
Malaysia ini agak luar biasa, dan terkecuali kerana setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia.
MASIH MENJADI TARIKAN
“Kita melihat Malaysia ini masih mendapat tarikan, menjadi pusat
tarikan pelaburan yang sangat aktif sepertimana yang kita umumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan ini masih ramai yang datang,” tambah beliau.
Sehubungan itu kata Perdana Menteri sama-samalah semua berdoa negara ini kembali aman biar rakyat baik sektor awam dan swasta bekerja secara gigih dan bersungguh-sungguh dan biar.
“Kita tingkatkan keupayaan ekonomi kita dalam tiap ujian, cabaran dari
Allah SWT dan keadaan yang berlaku di dunia masih ada kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan kita,” tambah beliau. – JM
