𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗜

  1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan arahan Kerajaan yang menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan.
  2. ATM akan menggerakkan aset dan sumber secara menyeluruh di semua kawasan sempadan negara melalui pendekatan bersepadu serta tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pencatutan bahan api subsidi.
  3. Dalam mempertingkat keberkesanan operasi, ATM akan memperluaskan penggunaan teknologi pengawasan moden termasuk aset udara tanpa pemandu (UAV/dron) bagi pemantauan berterusan di kawasan berisiko tinggi. Keupayaan ini membolehkan pengesanan awal aktiviti mencurigakan, khususnya pada waktu malam serta di lokasi yang dikenal pasti sebagai hot spot penyeludupan.
  4. ATM turut memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat secara masa nyata serta pelaksanaan operasi bersepadu. Kerjasama ini melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), termasuk agensi keselamatan lain, dengan rondaan dinamik dipergiatkan di kawasan sempadan serta titik pengedaran bahan api.
  5. Pada masa yang sama, aspek perisikan dipertingkat melalui pengumpulan maklumat lapangan secara lebih agresif dengan kerjasama komuniti setempat dan pihak berkuasa negara jiran, termasuk usaha mengenal pasti serta mengekang dalang utama sindiket penyeludupan.
  6. ATM menegaskan pendirian tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan dan pencatutan bahan api subsidi serta komited memastikan keselamatan sempadan negara terus terpelihara demi melindungi kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *