
26 Mac 2026
( Info Ringkas)
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tanda-tanda awal strok haba terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik yang mudah terdedah kepada komplikasi itu.
Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim berkata strok haba ialah satu spektrum yang berlaku disebabkan kepanasan melampau akibat cuaca terlalu panas yang didahului kelesuan haba.
Beliau berkata apabila cuaca terlalu panas, badan akan cuba untuk menurunkan suhu dalam badan kerana ia hanya boleh berfungsi secara optimum dalam julat suhu lebih kurang 37 darjah Celsius.
