

SUBANG JAYA, 17 Mac β Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hari ini menerima empat cadangan penambahbaikan tatakelola yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memperkukuh integriti dan meningkatkan kecekapan tadbir urus organisasi.
Cadangan tersebut dibentangkan dalam satu sesi pembentangan strategik di Bilik Kenanga, yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, YBhg. Datuk TPj Mohd Zaki bin Hassan. Delegasi MBSJ pula diketuai oleh Datuk Bandar Subang Jaya, YBhg. Datoβ Amirul Azizan bin Datoβ Sri Abd. Rahim.
Pembentangan oleh PPj Zatun Najmiah binti Mohd Sabri menggariskan empat cadangan utama, iaitu pengukuhan sistem kawalan dalaman bagi mengelakkan ketirisan, peningkatan ketelusan dalam proses kerja dan pembuatan keputusan, pemantapan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), serta penambahbaikan mekanisme pemantauan dan pelaporan secara lebih sistematik.
MBSJ menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan komitmen untuk melaksanakannya secara berperingkat. Persetujuan itu dimeterai menerusi pemeteraian Laporan Penambahbaikan Tatakelola antara kedua-dua pihak.
Langkah ini dilihat mampu memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih telus, cekap dan berintegriti, selaras dengan usaha berterusan memperkasakan tadbir urus serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam.
