
24 Mac 2026
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) terus komited memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan bersiaga dengan memperkukuh keupayaan pemantauan serta ramalan cuaca yang lebih jitu bagi menghadapi cabaran perubahan iklim.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata usaha berkenaan dilaksanakan menerusi integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data raya ke dalam Sistem Amaran Awal Multi-Bahaya (MHEWS) sejajar dengan cabaran iklim pada tahun ini.
