PMX pulang sebentar ke Permatang Pauh ziarah keluarga, teman-teman.

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang sebentar ke Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini bagi menziarahi keluarga dan teman-teman.

Beliau berkata sebaik tiba, terus ke Kampung Pelet bagi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin.

“Alhamdulillah saya juga sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan para jemaah serta penduduk setempat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

“Semoga kita terus dipayungi keberkatan di penghujung Ramadan, bulan yang sarat dengan keampunan dan rahmat, serta segala amalan diterima dan setiap kekhilafan diampuni,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *