

19 Mac 2026
(Info Ringkas)
Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.
Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
