𝗗𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗨𝗧 𝟭𝟭 𝗝𝗔𝗠 𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗢𝗧 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞

17 MAC 2026
.
𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡 (TERENGGANU) – Dua pemancing berdepan detik cemas apabila hanyut hampir 11 jam di perairan Kemaman selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin sebelum berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar pukul 12.30 tengah malam sebelum operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) digerakkan.

KEROSAKAN KIPAS ENJIN

“Aset Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi pada pukul 1.18 pagi dan hasil pencarian yang dijalankan, kedua-dua mangsa bersama bot berjaya ditemui serta diselamatkan kira-kira pukul 3.00 pagi,” katanya lagi.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Hafiz Imran Abd Latif, 39 tahun, dari Dungun, dan Ahmad Arif Tajudin Rosli, 29 tahun, dari Pengkalan Nelayan Paka, dilaporkan keluar ke laut untuk aktiviti memancing sebelum bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada kipas enjin kira-kira pukul 4.00 petang semalam.

Keadaan itu menyebabkan bot tidak dapat bergerak dan hanyut dibawa arus. Kedua-dua mangsa hanya berjaya mendapatkan liputan talian telefon sekitar pukul 9.00 malam sebelum menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan situasi mereka.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *