
17 Mac 2026
Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan orang ramai, khususnya remaja dan pelajar.
Walaupun kelihatan menarik dan โmanisโ, hakikatnya bahan ini boleh mengandungi dadah berbahaya seperti ekstasi, LSD atau methamphetamine yang boleh merosakkan kesihatan, masa depan dan kehidupan seseorang.
โ ๏ธ Ingat peringatan ini:
๐บ Jangan mudah menerima makanan atau minuman daripada individu yang tidak dikenali.
๐บ Jangan berkongsi makanan dengan orang yang tidak dikenali.
๐บ Elakkan menjadi orang tengah menyimpan atau membawa barangan bagi pihak orang lain.
Perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang terjerumus dalam kesalahan berkaitan dadah dan berdepan tindakan undang-undang yang tegas.
โ Janji manis sindiket, akhirnya merana di penjara.
JSJN menyeru ibu bapa, guru serta masyarakat untuk sentiasa peka dan memantau persekitaran anak-anak agar mereka tidak menjadi mangsa taktik licik sindiket dadah.
๐ Salurkan maklumat berkaitan jenayah dadah kepada JSJN di talian: 012-208 7222
