
16 Mac 2026
(Info Ringkas)
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, kes pelaburan tidak wujud menunjukkan peningkatan sebanyak 11% pada awal tahun 2026 berbanding tahun 2025, dengan jumlah kes mencapai 1,459 kes dan kerugian berjumlah RM188 juta. Namun, jumlah kerugian ini mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
Untuk mengelak daripada ditipu dalam pelaburan yang tidak wujud, pastikan untuk:
- Semak Lesen dan Pengesahan Syarikat – Pastikan syarikat yang menawarkan pelaburan mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa kewangan.
- Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Janji Keuntungan Cepat – Berhati-hati dengan pelaburan yang menawarkan pulangan yang tidak realistik dalam tempoh singkat.
- Kaji Maklumat Syarikat – Selalu lakukan penyelidikan tentang syarikat atau pelaburan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan.
- Elakkan Membuat Pembayaran Ke Dalam Akaun Asing – Jangan membayar wang kepada akaun bank individu atau syarikat yang tidak dapat disahkan serta dapatkan bukti yang sah atau perjanjian bertulis.
- Berwaspada dengan Taktik Manipulasi Emosi – Jika ada paksaan atau tekanan untuk melabur, itu adalah tanda amaran.
