
16 Mac 2026
Persatuan Agensi Pelancongan Muslim Malaysia (MYTRA) menggesa agar agensi pelancongan di bawah naungannya supaya bersikap fleksibel dalam membantu jemaah yang berhasrat menangguhkan perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah susulan konflik di Asia Barat.
Presiden MYTRA Muhammad Syazri Afiq Rosli berkata meskipun operasi umrah ketika ini berjalan seperti biasa tanpa sebarang arahan penangguhan rasmi, pihak industri sentiasa memantau perkembangan semasa dan bersedia mempertimbangkan pertukaran tarikh perjalanan berdasarkan permintaan jemaah.
