

Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk dari Istana Johor diserahkan kepada rakyat Pontian, Batu Pahat dan Kulai menerusi Pejabat Daerah.
Serahan dilakukan oleh Penyelia Istana Johor, PW1 (B) Faizol Abdullah kepada wakil Pejabat Daerah sebelum diedarkan kepada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta agensi-agensi kerajaan.
Pek bubur lambuk Istana Johor turut diagihkan kepada kakitangan kesihatan serta pesakit kanser melalui Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF).
