Presiden Iran tetapkan syarat untuk tamatkan perang

13 Mac 2026

Presiden Masoud Pezeshkian mengumumkan beberapa syarat untuk menamatkan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atasnya negaranya yang sedang berlangsung, ketika kedua-dua negara itu terus melancarkan serangan udara ke atas infrastruktur penting Iran, orang awam dan monumen bersejarah, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam satu hantaran di akaun X miliknya lewat Rabu, Pezeshkian berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Rusia dan Pakistan serta menegaskan komitmen Iran terhadap keamanan di rantau itu.

β€œSatu-satunya cara untuk menamatkan perang ini, yang dicetuskan oleh rejim Zionis dan AS ialah dengan mengiktiraf hak sah Iran, pembayaran pampasan, serta jaminan antarabangsa yang kukuh bagi menghalang pencerobohan pada masa hadapan,” katanya.

Sumber : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *