PMX mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 1 Tahun 2026

12 Mac 2026

Sewaktu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, dua kertas utama telah diteliti, masing-masing berkaitan Ekonomi Jingga (industri kreatif) dan Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat membincangkan pelbagai cabaran yang membelenggu industri kreatif negara, termasuk aspek tadbir urus, pembangunan bakat, infrastruktur, pembiayaan serta perlindungan harta intelek.

” Justeru, mesyuarat bersetuju keperluan menstruktur semula ekosistem industri ini agar lebih berdaya saing, mampan dan mampu menembusi pasaran global dan Kementerian Komunikasi akan merangka Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang baharu bagi menggantikan DIKN 2009, ” kata PMX yang dikongsi dalam media sosialnya hari ini.

Menurut PMX lagi, Ekonomi Biru, mesyuarat turut menekankan kepentingan memanfaatkan sumber laut, kawasan pesisir dan perairan daratan secara bertanggungjawab dengan memastikan pembangunan yang dilaksanakan kekal mampan, saksama dan berdaya tahan.

” Ke arah itu, Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia akan diwujudkan bagi memacu pendekatan bersepadu yang mengimbangi pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial serta kemampanan alam sekitar dalam ekosistem ekonomi biru negara,” jelas PMX lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *