




11 MAC 2026
Dalam sidang media petang tadi, Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, bahawa konflik yang semakin meruncing di Asia Barat telah mula menjejaskan ekonomi dunia melalui gangguan rantaian bekalan tenaga serta lonjakan harga minyak global yang mencetuskan ketidaktentuan pasaran.
PMX berkata, berbagai negara perdagangan terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias perkembangan ini dan berdepan risiko kenaikan kos pengangkutan, tekanan terhadap harga barangan serta cabaran kepada kestabilan ekonomi.
Jelas PMX lagi, dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memilih untuk mengambil langkah sukar dengan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat, demi mempertahankan kepentingan rakyat.
Kata beliau, pada masa yang sama, Kerajaan turut melaksanakan langkah awal penjimatan dalam perbelanjaan negara termasuk membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian, agensi Kerajaan dan GLC serta menghadkan lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran.
PMX berkata, Kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan konflik ini dan mengambil langkah tambahan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terpelihara serta kebajikan rakyat terus dilindungi.
