OPS GASAK: 78 kotak minyak masak peket seberat 1,326 kilogram bernilai RM5,569.20 disita

Oleh: Sholina Osman
11 MAC 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 78 kotak minyak masak peket seberat 1,326 kilogram bernilai RM5,569.20 hasil OPS GASAK ke atas sebuah premis kediaman di Putrajaya pada 9 Mac lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Datuk Azman Adam berkata semama serbuan dijalankan, pasukan Penguat Kuasa KPDN mendapati premis berkenaan berada dalam keadaan tidak berpagar dan tiada individu berada di lokasi.

“Pemeriksaan lanjut telah dijalankan di sekitar premis sebelum pasukan Penguat Kuasa membuat semakan ke atas sebuah kenderaan yang berada di laman premis tersebut,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

MINYAK MASAK PEKET

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 78 kotak minyak masak peket ditemui di premis tersebut dengan setiap kotak mengandungi 17 peket bersaiz satu kilogram.

“Jumlah keseluruhan minyak masak yang disimpan di premis tersebut dianggarkan sebanyak 1,326 kilogram,” kata beliau/

Sehubungan itu, kata Azman pihak KPDN telah bertindak menyita kesemua minyak masak peket berkenaan yang dipercayai disimpan dengan niat untuk menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa kebenaran daripada Pengawal Bekalan.

NILAI KESELURUHAN SITAAN

Jelas beliau anggaran nilai keseluruhan sitaan ialah sebanyak RM5,569.20.

Azman berkata seorang lelaki tempatan hadir ke lokasi dan mengaku anak kepada pemilik premis tersebut.

Kata beliau kenyataan pemeriksaan premis serta akuan sitaan telah dikeluarkan kepada beliau untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta
122] dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk menjalankan urus niaga tanpa lesen yang sah daripada Pengawal Bekalan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *