OPS MULIA: SMART ENFORCEMENT KDN MEMELIHARA KESUCIAN AL-QURAN

7 Mac 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement bagi memastikan setiap teks dan bahan Al-Quran yang diedarkan di negara ini mematuhi piawaian yang ditetapkan.

πŸ’¬ KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

β€œKerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri komited memastikan setiap teks dan bahan Al-Quran yang diedarkan di negara ini mematuhi piawaian yang ditetapkan demi memelihara kesucian kitab suci umat Islam.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui pelaksanaan Ops Mulia, penguatkuasaan dijalankan secara berterusan di premis buku Islam dan premis berkaitan bagi melindungi kesucian Al-Quran serta memastikan pematuhan undang-undang.

Bagi tempoh 26 Januari hingga 8 Februari 2026, operasi yang dijalankan telah merekodkan:

πŸ”Ή 1,758 premis diperiksa di seluruh negara
πŸ”Ή 6,620 unit teks dan bahan Al-Quran disita kerana tidak mematuhi piawaian
πŸ”Ή 44 kertas siasatan dibuka bagi tindakan lanjut
πŸ”Ή RM378,171.92 nilai rampasan direkodkan

Secara keseluruhan, nilai penguatkuasaan Ops Mulia bagi tahun 2025 berjumlah RM957,762.10, membuktikan komitmen berterusan KDN dalam memastikan integriti penerbitan dan pengedaran bahan Al-Quran di Malaysia sentiasa terpelihara.

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, 6 Mac 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *