
TARIKH TUTUP PERMOHONAN KUOTA PEKERJA ASING DIMANSUHKAN
6 MAC 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan kuota penggajian pekerja asing secara βcase by caseβ yang sebelum ini ditetapkan pada 31 Mac 2026 adalah DIMANSUHKAN.
Ini bermakna permohonan kuota pekerja asing di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing KDN (OSC KDN) kini dibuka tanpa had tempoh, tertakluk kepada dasar dan pertimbangan semasa Kerajaan.
Langkah ini diambil bagi memastikan proses permohonan kuota pekerja asing lebih fleksibel dan responsif kepada keperluan sektor industri serta kelancaran operasi majikan di seluruh negara.
π¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
βKerajaan komited memastikan pengurusan pekerja asing dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan responsif bagi menyokong keperluan ekonomi negara serta kelancaran operasi sektor industri.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
URUSAN TEMU JANJI OSC KDN
Majikan boleh membuat temu janji melalui pautan berikut:
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel:
osc_kdn@moha.gov.my
Sumber: Kementerian Dalam Negeri
