Aidilfitri : Bekalan makanan asas seluruh negara mencukupi

7 Mac 2026

Bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging, ayam, ikan, sayur dan buah di seluruh negara mencukupi sepanjang Aidilfitri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rakyat tidak perlu membuat pembelian panik memandangkan bekalan makanan asas masih stabil dan mencukupi.

β€œAlhamdulillah, setakat ini dari segi bekalan makanan barangan asas mencukupi. Bagaimanapun permintaan bekalan santan menyaksikan peningkatan dan kementerian melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang menambah bekalan dari semasa ke semasa,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *