Serai mudah ditanam, permintaan tinggi

6 MAC 2026

(Info Ringkas Tani)

Tahukah anda, serai boleh dituai dalam tempoh 6 hingga 8 bulan selepas ditanam dan mampu memberikan hasil sehingga 36–45 tan sehektar pada tahun pertama jika diurus dengan baik?
.
Serai merupakan tanaman herba yang mudah diusahakan dan mempunyai permintaan tinggi dalam masakan, industri makanan serta penghasilan minyak pati yang kaya dengan kandungan citral.
.
Penanaman boleh dimulakan dengan tanah gembur berpasir, menggunakan 2–3 batang serai bagi setiap lubang dan jarak tanaman sekitar 0.6 hingga 1.0 meter bagi memastikan kepadatan tanaman yang optimum.
.
Bagi memastikan pertumbuhan yang baik, pembajaan menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 400 kg/ha perlu dibahagikan kepada tiga fasa.
.
Dengan pengurusan yang betul, tanaman serai juga boleh dituai beberapa kali setahun dan menjadi sumber pendapatan yang stabil kepada pengusaha.
.
Rujuk infografik Panduan Menanam Serai untuk mengetahui langkah penanaman dan penjagaan secara lebih lengkap.

myDOA #PanduanMenanamDOA #Serai

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *