PMX santuni warga KPKM pada program Ihya’ Ramadan

Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni kira-kira 350 warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Program Ihya’ Ramadan di sini, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri di lobi Wisma Tani pada 11.45 pagi itu disambut oleh Menteri Pertanian dan
Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta barisan pengurusan tertinggi KPKM dan warga kementerian.

Sejurus tiba, Anwar mempengerusikan Mesyuarat
Bersama Pengurusan Tertinggi KPKM.
Perdana Menteri kemudian bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga KPKM mendengar tazkirah khas bertajuk “Ramadan Bulan
Kesyukuran” yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil.

Sejurus selepas itu, Anwar menunaikan solat Zohor berjemaah bersama warga КРКМ. – Sumber : BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *