NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH BARAT ARAB SAUDI (JEDDAH, MEKAH, MADINAH DAN TAIF)

5 MAC 2026

  1. Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi yang memilih untuk pulang secara sukarela.
  2. Inisiatif ini adalah bersifat sehala (one-way) dari Jeddah dan/atau Madinah ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dalam situasi semasa.
  3. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Barat Arab Saudi (Jeddah, Mekah, Taif dan Madinah) bagi tujuan lawatan sementara atau menunaikan ibadah (umrah atau ziarah), khususnya mereka yang terkesan akibat gangguan perjalanan susulan pembatalan penerbangan bermula pada 28 Februari 2026 hingga kini.
  4. Pendaftaran hendaklah dibuat secara individu melalui pautan yang disediakan oleh pihak Konsulat bagi memastikan ketepatan maklumat setiap pemohon seperti berikut:
https://forms.gle/goS1vqsSpneNbGhv6
  1. Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan merupakan pemegang “Iqamah” (Kad Pengenalan Diri) dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon menyertai inisiatif ini.
  2. Maklumat lanjut berhubung inisiatif ini akan dimaklumkan oleh pihak Konsulat dalam masa terdekat.
  3. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

Telefon: +966 573 099 589
Emel: mwjeddah@kln.gov.my

  1. Sebarang makluman terkini akan dihebahkan melalui Facebook Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
5 MAC 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *