KPDN rangka RUUSA gantikan Akta 100 secara keseluruhan – Dr Fuziah

Oleh: Sholina Osman
2 MAC 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka satu Rang Undang-Undang baharu iaitu Rang Undang-Undang Syarikat Amanah (RUUSA) bagi menggantikan Akta 100 secara keseluruhan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100], telah dimulakan sejak tahun 2018.

“Ia selaras dengan KPDN
sedang melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap kerangka kawal
selia syarikat amanah swasta bagi memastikan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa,” kata Fuziah ketika menjawab pertanyaan lisan Yang Berhormat Petaling Jaya di Dewan Rakyat hari ini.

Fuziah berkata Rang Undang-Undang (RUU) itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2026
selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan akan merangkumi empat
kluster utama.

REJIM PENDAFTARAN MANDATORI

“Kluster 1: Parameter Aktiviti dan Rejim Pendaftaran Mandatori; Kluster 2 Rangka Kerja Pelaporan Pemunyaan Benefisial berkaitan Perniagaan atau Aktiviti Amanah; Kluster 3: Pentadbiran dan Tadbir Urus Syarikat Amanah; dan Kluster 4: Pemotongan Nama, Mekanisme Penyelamat Korporat, Penggulungan dan Pembubaran Syarikat Amanah,” kata beliau.

Beliau menjelaskan proses konsultasi awam bagi memuktamadkan RUU
ini telah dimulakan pada 2 April 2024 melalui edaran dokumen konsultasi.

Selain itu, kata beliau sesi libat urus turut diadakan bersama pihak industri sertapelbagai pemegang taruh termasuk kementerian dan agensi berkaitan pada Disember 2024.

Beliau menjelaskan antara agensi kawal selia yang telah dilibatkan dalam proses ini ialah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM), serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

TADBIR URUS ENTITI

“Berhubung isu pelesenan pengurus dana, KPDN menjelaskan bahawa
Akta 100 ketika ini terhad kepada Kaspek pendaftaran, pentadbiran dan
tadbir urus entiti syarikat amanah sahaja,” kata Dr Fuziah.

Beliau berkata ia tidak merangkumi
pengawalseliaan aktiviti transaksi pelaburan yang dijalankan oleh syarikat amanah.

“Sebarang cadangan untuk mewajibkan pelesenan pengurus dana melibatkan bidang kuasa agensi kawal selia berkaitan yang mengawasi pengurusan dana dan pelaburan, bergantung kepada jenis aktiviti atau perniagaan yang dijalankan,” tambah beliau.

AKTIVITI TRANSAKSI AMANAH

Jelas beliau dalam konteks tatakelakuan pemegang amanah dan aktiviti transaksi amanah, peruntukan yang terpakai adalah di bawah Trustees Act 1949 [Akta 208].

“KPDN menegaskan bahawa pengawalseliaan, pemantauan dan
penguatkuasaan aktiviti amanah melibatkan pelbagai badan kawal selia berdasarkan skop dan fungsi yang ditetapkan undang-undang,” kata beliau.

Dr Fuziah berkata kerajaan komited untuk memastikan sistem kawal selia yang lebih kukuh, responsif dan bersepadu demi melindungi kepentingan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor amanah swasta negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *