π—•π—˜π—₯𝗑𝗔𝗠𝗔 π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—£π—˜π—§π—¨π—šπ—”π—¦ 𝗕𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗑 π—›π—žπ—Ÿ, π—žπ—’π—‘π—šπ—¦π—œ π—₯π—˜π—­π—˜π—žπ—œ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑

4 Mac 2026

KualaLumpur : Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menyantuni petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi Program CSR Ramadan Bernama 2026 dengan mengagihkan 1,200 pek makanan kepada warga hospital berkenaan.

Program tanggungjawab sosial korporat bertemakan β€œIkhlas Memberi, Tulus Menghargai” itu turut melibatkan penyaluran bantuan kewangan kepada beberapa petugas hospital yang sedang menjalani rawatan perubatan selain sumbangan kepada inisiatif Gerobok Rezeki HKL bagi membantu pesakit dan individu kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata inisiatif berkenaan mencerminkan penghargaan agensi berita nasional itu terhadap dedikasi petugas kesihatan yang terus berkhidmat menjaga kesejahteraan rakyat.

πŸ“Έ Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *