
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 MAC 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.
Beliau berkata ia bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik.
Terdahulu Anwar membuat panggilan telefon kepada Presiden Indonesia, semalam.
“Kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
