Jangan lalai manfaatkan keberkatan Ramadan – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
2 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan para pemimpin masyarakat tempatan agar tidak lalai dalam memanfaatkan keberkatan Ramadan yang mulia ini dengan memperkukuh pengembaraan kerohanian dan mempertingkatkan amal ibadah.

Beliau berkata apa jua perjuangan kita di dunia, sama ada dalam politik, pekerjaan mahupun kerjaya, matlamat akhirnya tetap satu, iaitu mencapai maksud firman Allah SWT, “La‘allakum tattaqun”, yakni agar kita menjadi insan yang bertakwa kepada-Nya.

“Ramadan juga menuntut kita menginsafi denyut nadi kehidupan rakyat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik hatta menuntut keprihatinan, empati dan kesungguhan membela nasib golongan memerlukan hendaklah diterjemahkan bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan yang nyata dan berterusan, kata beliau dalam hantaran di FB.

Sebelum itu Amwar hadir pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

AGAR TIDAK LALAI

Beliau juga mengingatkan hadirin agar tidak lalai dalam memanfaatkan keberkatan Ramadan yang mulia ini dengan memperkukuh pengembaraan kerohanian dan mempertingkatkan amal ibadah.

Apa jua perjuangan kita di dunia, beliau berkatq sama ada dalam politik, pekerjaan mahupun kerjaya, matlamat akhirnya tetap satu, iaitu mencapai maksud firman Allah SWT, “La‘allakum tattaqun”, yakni agar kita menjadi insan yang bertakwa kepada-Nya.

“Ramadan juga menuntut kita menginsafi denyut nadi kehidupan rakyat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik hatta menuntut keprihatinan, empati dan kesungguhan membela nasib golongan memerlukan hendaklah diterjemahkan bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan yang nyata dan berterusan,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *