




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 MAC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuka puasa bersama mahasiswa Universiti Awam dan Swasta, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Politeknik di Kompleks Seri Perdana.
Beliau menegaskan Ramadan adalah madrasah terbaik untuk membentuk sahsiah, memperkukuh nilai takwa dan memupuk integriti.
“Dalam mendepani cabaran zaman pascanormal, saya menyeru mahasiswa agar menjadikan nilai ini sebagai kompas moral selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035,” kata beliau dalam hantaran di FB.
MELAHIRKAN GENERASI BERILMU
Anwar berkata negara mahu melahirkan generasi berilmu, beradab dan berdaya cipta, menguasai teknologi, AI dan STEAM, serta berani menjadi pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari kerja, selain pemerkasaan TVET melalui kerangka STAR turut menjadi tumpuan dalam memastikan pendidikan terus relevan dan inklusif.
Selesai solat Maghrib berjemaah, beliau turut menyampaikan tazkirah ringkas dan perkongsian kepada anak-anak muda ini.
Beliau berharap semoga Ramadan ini memperteguh tekad semua rakyat bagi membina Malaysia yang lebih maju dan berintegriti. – JM
